
PETALING JAYA: Bekas pengasas bersama dan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Rais Hussin kini menjadi ahli PKR.
Rais menyertai PKR seminggu selepas mengumumkan keluar dari Bersatu yang diasaskannya bersama beberapa pemimpin lain pada 2015.
Bekas pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan kini presiden dan ketua pegawai eksekutif EMIR Research, satu badan pemikir yang memfokuskan kepada cadangan dasar strategik.
Pada Jumaat lalu, Rais mengumumkan keluar dari Bersatu kerana dia tidak lagi aktif dalam parti itu selepas satu prosedur jantung pada 2020.
Rais juga berkata, dia mahu memfokuskan kepada pembangunan badan pemikir tersebut.
Katanya, dia masih lagi memperjuangkan Malaysia yang lebih baik berasaskan lima prinsip teras iaitu, reformasi, keadilan, sama-rata, progresif dan wasatiyyah.
Rais dilantik sebagai Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada 2016 tetapi tidak bertanding dalam pemilihan parti pada 2020.