
PETALING JAYA: Ibu kepada penasihat PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meninggal dunia pada usia 88 tahun awal pagi tadi.
Perkara ini dimaklumkan Pengerusi PH Anwar Ibrahim menerusi Facebook kira-kira sejam lepas.
Susulan itu, kata Anwar, pihaknya terpaksa membatalkan program jelajah ke Sarawak yang dijadualkan bermula hari ini.
“Baru mendapat khabar sedih dari Kuala Lumpur bahawa bonda (ibu) kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mariah Khamis telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.
“Saya memohon maaf kepada seluruh pimpinan Harapan (Pakatan Harapan) Sarawak serta para pendukung kerana terpaksa membatalkan jelajah ke Miri dan Kuching yang dijadualkan hari ini.
“Kita ketemu lagi di lain waktu,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar memaklumkan bahawa solat jenazah Mariah dijadualkan pada jam 11.30 pagi ini Masjid Al Mustaqim, Ampang.