
PETALING JAYA: Keputusan untuk menyingkirkan Maria Chin Abdullah bagi kerusi Parlimen Petaling Jaya adalah untuk memenuhi tuntutan pengundi, kata Rafizi Ramli.
Timbalan Presiden PKR itu berkata kerusi Parlimen itu adalah kerusi unik yang memerlukan “Cina berpendidikan tinggi” dan mempunyai tenaga untuk bergerak.
Katanya, calon yang ideal juga adalah calon yang boleh mengendalikan kumpulan masyarakat sivil, sambil menambah bahawa ia adalah kualiti yang dilihat parti pada Lee Chean Chung, seorang ADUN Pahang dua penggal.
“Lee sesuai dan dia adalah antara pemimpin Cina masa depan yang kita ‘groom’ dalam PKR. Itulah sebabnya dia mendapat peranannya dalam majlis tertinggi. Beliau kini bertanggungjawab ke atas kempen digital parti.
“Dia menepati kriteria yang sangat sukar yang kita ada untuk pengundi PJ,” katanya kepada pemberita selepas satu majlis di Ampang malam tadi.
Chin, bekas pengerusi kumpulan reformasi pilihan raya Bersih, memenangi kerusi itu pada 2018 dengan majoriti 57,137 menentang calon daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS.
Lee, yang dilahirkan dan dibesarkan di Kuantan, kini merupakan pengarah komunikasi PKR dan sebahagian daripada majlis tertinggi parti. Dia yang berusia 41 tahun itu sebelum ini berkhidmat sebagai naib ketua pemuda PKR Petaling Jaya Utara pada 2010.