
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menerima menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini.
Perkara itu dimaklumkan melalui Facebook rasmi Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ, HRH Crown Prince of Johor yang turut berkongsi beberapa gambar pertemuan tersebut.
Turut berangkat Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, lapor Berita Harian.
Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) pada Khamis lalu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 di Istana Negara, selepas pelantikan beliau diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.