Jangkitan harian Covid-19 menurun, 1,502 kes, 3 kematian dicatat

Jangkitan harian Covid-19 menurun, 1,502 kes, 3 kematian dicatat

Ini meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 kepada 5,000,332 kes, dengan 36,713 kematian.

Daripada jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan masih aktif setakat semalam, 1,512 orang atau 6.7% menerima rawatan di hospital.
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 terus menurun semalam dengan 1,502 kes baharu dilaporkan dan tiga kematian dicatatkan.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes-kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 meningkat kepada 5,000,332 jangkitan dan 36,713 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 22,505 kes masih aktif, termasuk 104 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 70 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 1,512 orang atau 6.7% menerima rawatan di hospital, sementara 20,889 pesakit lagi menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Seramai 2,093 pesakit dilaporkan sembuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.