STAR bebas pilih haluan sendiri, kata pemuda Bersatu

STAR bebas pilih haluan sendiri, kata pemuda Bersatu

Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata PN tidak pernah menghalang mana-mana parti memutuskan haluan masing-masing.

Terima kasih dan semoga berjaya kata Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kepada Presiden STAR, Jeffrey Kitingan.
KUALA LUMPUR:
Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) bebas untuk mengikut haluannya sendiri, kata Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selepas parti dari Sabah itu memutuskan untuk meninggalkan Perikatan Nasional (PN).

“Kami tidak pernah menghalang mana-mana parti memutuskan haluan masing-masing. Setiap parti ada hak memilih haluan yang mereka inginkan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada STAR (untuk sumbangan mereka dalam PN) dan semoga berjaya,” katanya kepada wartawan di luar Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini hari ini.

Wan Fayhsal juga Ahli Parlimen Machang berkata, tindakan STAR keluar dari PN tidak menjejaskan gabungan itu.

Pada Isnin lalu, Presiden STAR Jeffrey Kitingan berkata parti itu akan keluar dari PN susulan sokongan STAR pada kerajaan perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

STAR juga adalah parti komponen Gabungan Rakyat Sabah yang diketuai Bersatu Sabah tetapi turut menyokong kerajaan Anwar.

Kitingan adalah satu-satunya Ahli Parlimen dari STAR.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.