
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan hujan lebat sejak malam semalam menyebabkan 50 mangsa dipindahkan di dua PPS di daerah tersebut, setakat tengah hari ini.

“Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering menjadi PPS pertama yang dibuka pada 7.15 pagi tadi menempatkan 33 mangsa daripada sembilan keluarga manakala PPS SK Atas Tol menempatkan 17 mangsa daripada empat keluarga,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan setakat tengah hari ini, semua daerah dilaporkan hujan dan pihaknya menjangkakan mungkin berlaku peningkatan jumlah mangsa dipindahkan ke PPS.

Berdasarkan data dikongsi JPS melalui laman web rasmi publicinfobanjir.water.gov.my setakat ini, paras air di Sungai Nerus dan Sungai Chalok di daerah Setiu serta Sungai Tersat dan Sungai Telemong di Hulu Terengganu telah melepasi paras bahaya.