
Difahamkan, mayat lelaki dan wanita itu ditemukan dalam kontena yang dijadikan sebagai pondok pengawal keselamatan di kawasan perumahan itu.
Menurut jurucakap bomba, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu pada 10.56 malam, sebelum anggota bergegas ke lokasi.
“Ketika memadam kebakaran anggota bomba mendapati terdapat dua mangsa rentung dalam kontena terbabit.
“Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada dalam kontena dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Berita Harian.
Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan dan bedah siasat sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.