Agong tolak gaji sejak Covid melanda, kata PM

Agong tolak gaji sejak Covid melanda, kata PM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau menjelaskan perkara itu memandangkan masalah ekonomi menekan hidup rakyat.

Anwar Ibrahim berkata Agong tidak menerima gaji daripada kerajaan sejak bermulanya penularan wabak Covid-19. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menolak untuk menerima gaji sejak wabak Covid-19 melanda negara.

Menurutnya, Agong tidak menerima gaji daripada kerajaan sejak bermulanya penularan wabak Covid-19.

“Jadi saya ingat eloklah kita berikan penjelasan ini kerana itu sumbangan yg dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong memandangkan masalah ekonomi menekan kehidupan rakyat,” katanya pada sidang media tadi.

Sebelum ini, Anwar memaklumkan beliau tidak akan mengambil gaji sebagai perdana menteri selain Jemaah Menteri juga bersetuju memotong gaji bulanan mereka sebanyak 20%.

Menurutnya, dasar itu akan disemak semula selepas ekonomi negara kembali pulih.

Katanya, langkah itu menunjukkan kerajaan perpaduan pimpinannya cakna dengan permasalahan rakyat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.