Tanah runtuh: Pencarian berakhir dengan duka, menantu disahkan terkorban

Tanah runtuh: Pencarian berakhir dengan duka, menantu disahkan terkorban

Menantu Choo antara mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali.

Choo sejak awal pagi semalam mencari menantunya yang ketika itu masih belum dapat ditemui.
SUNGAI BULOH:
Pencarian berakhir dengan khabar duka, begitulah gambaran situasi seorang waris mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali, apabila menantunya disahkan antara yang terkorban.

Waris tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Choo sebelum ini dilaporkan berkata, sejak awal pagi semalam dia mencari menantu perempuannya yang ketika itu masih belum dapat dijejaki.

Berita duka itu dimaklumkan oleh salah seorang sukarelawan yang enggan dinamakan kepada FMT. Ketika maklumat diterima, sukarelawan itu memaklumkan pihak keluarga dalam proses menuntut mayat mangsa.

Choo dilihat tiba di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh kira-kira pukul 12 tengah hari bagi proses pengecaman mayat.

Sehingga kini, 61 mangsa terselamat dan 24 meninggal dunia dalam kejadian itu, manakala sembilan mangsa lagi masih hilang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.