
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suffian Abdullah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau boleh membantu mengenal pasti mayat berkenaan untuk tampil ke Hospital Sungai Buloh.
Menurutnya, pihak berkuasa telah menyerahkan 15 mayat kepada waris mangsa selepas berjaya mengenal pasti identiti mereka.
Insiden tanah runtuh yang berlaku pada awal pagi Jumaat itu setakat ini telah meragut 24 nyawa.
Seramai 61 orang terselamat dalam kejadian yang berlaku di tiga tapak perkhemahan pada jam 2 pagi itu.
Operasi mencari dan menyelamat diteruskan bagi mencari sembilan lagi mangsa yang belum ditemui.
Suffian berkata 15 mayat yang telah diserahkan itu terdiri daripada dua lelaki, lapan wanita, dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.
Pihak berkuasa mengenal pasti identiti mayat menerusi cap jari atau bantuan keluarga serta waris mereka.