Kanak-kanak ditemui lemas selepas dibawa arus banjir

Kanak-kanak ditemui lemas selepas dibawa arus banjir

Mangsa dilaporkan bermain bersama kakaknya di anjung rumahnya yang dilanda banjir sebelum hilang.

Mayat kanak-kanak itu ditemui penduduk kampung sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk tindakan lanjut.
PASIR MAS:
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 bulan ditemukan lemas di Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Shapawi Stapa, berkata mangsa dikatakan bermain di anjung bersama kakaknya sebelum hilang di kawasan rumahnya yang dilanda banjir.

“Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian itu tengah hari tadi dan jentera digegaskan ke lokasi kejadian pada 1.04 tengah hari untuk operasi menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah dijumpai penduduk kampung dan mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.