Kerajaan beri RM100 juta bantu mangsa banjir Kelantan, Terengganu

Kerajaan beri RM100 juta bantu mangsa banjir Kelantan, Terengganu

Setiap ketua isi rumah yang berpindah ke PPS akan mendapat RM1,000 manakala keluarga kematian ahli akan diberi RM10,000.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim meninjau PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, Kelantan, hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM100 juta kepada Kelantan dan Terengganu susulan banjir yang melanda negeri itu.

Anwar berkata, bantuan itu masing-masing RM50 juta diberikan kepada Kelantan dan Terengganu.

“Kerajaan hari ini bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta masing-masing di Kelantan dan Terengganu sebagai bantuan awal untuk meringankan beban akibat bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023.

“Bantuan ini adalah sebagai pemberian wang ihsan,” katanya pada sidang media selepas meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, Kelantan.

Anwar berkata, sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada setiap setiap ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke PPS.

“RM10,000 kepada keluarga yang kematian ahli akibat banjir dan bayaran diberikan kepada KIR,” katanya.

Terdahulu, Anwar turut membuat tinjauan kawasan terjejas banjir di Bandar Baru Apam Putera, Pasir Mas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.