
Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurzahidah Yacop, berkata ini berdasarkan keterangan dirakamnya daripada Najib pada November 2021.
“Ia dimaksudkan untuk kegunaan politik, dan Umno Johor Bahru,” katanya.
Shahrir menjadi Ahli Parlimen Johor Bahru dari 1978 hingga 2018.
Dia menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 kerana atas tuduhan menerima RM1 juta – dikatakan dari 1MDB – daripada Najib pada 2013, dan tidak mengisytiharkan jumlah itu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Nurzahidah turut memberitahu peguam bela Syed Faisal Syed Abdullah Al-Edros bahawa beliau tidak tahu sama ada RM1 juta itu “bayaran semula” daripada Najib kepada Shahrir.
Ini selepas Syed Faisal mendakwa bahawa Shahrir telah menggunakan dananya sendiri untuk melaksanakan Projek Pemulihan Perumahan Puri Langkasuka.
Katanya, penjelasan diberikan Shahrir kepada penyiasat berhubung isu itu pada 2019 dan 2020 tidak disokong sebarang dokumen.
Saksi itu turut menafikan siasatannya “tidak lengkap” ketika tuduhan pertama kali dibuat pada 21 Januari 2020, iaitu sebelum mendapat borang penyata cukai Shahrir daripada LHDN, atau merakamkan kenyataan Najib.
Perbicaraan bersambung di depan Hakim Jamil Hussin.