‘Tak beretika, tak berterima kasih’, tindakan Sng pecat keahlian 11 pemimpin PBM diselar

‘Tak beretika, tak berterima kasih’, tindakan Sng pecat keahlian 11 pemimpin PBM diselar

Bekas ketua penerangan Zakaria Abdul Hamid menyifatkan pemecatannya dan 10 lain termasuk Zuraida Kamaruddin sebagai “politik paling kotor”.

Pemecatan 11 individu berkenaan disifatkan bekas ketua penerangan Zakaria Abdul Hamid sebagai politik tidak beretika demi kepentingan peribadi.
PETALING JAYA:
Bekas ketua penerangan Parti Bangsa Malaysia (PBM) Zakaria Abdul Hamid yang dipecat keahliannya sebentar tadi membidas presiden parti itu Larry Sng sebagai tidak beretika.

Zakaria menyifatkan pemecatan itu “politik paling kotor” yang pernah disaksikannya, serta menganggap Sng tidak tahu berterima kasih kepada mereka yang telah membantunya selama ini.

“Beliau bertuah mendapat kuasa tanpa berusaha membina organisasi dan tanpa berbelanja satu sen pun.

“Inilah contoh politik tiada etika yang menghalalkan cara demi kuasa dan kepentingan peribadi,” kata Zakaria kepada FMT.

Zakaria bersama Zuraida Kamaruddin antara 11 individu yang digugurkan jawatan dan dipecat dari parti itu.

Keahlian mereka telah ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.

Pemecatan mereka kerana gagal memberi maklum balas kepada Jawatankuasa Disiplin PBM dalam tempoh tujuh hari.

Haniza Talha dan Daroyah Alwi pula masing-masing disingkirkan sebagai timbalan presiden parti dan ketua Wanita dan masih kekal sebagai ahli PBM.

FMT telah menghubungi Zuraida bagi mendapatkan maklum balas lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.