
Proses pembelian kereta baharu bukan suatu keputusan yang mudah bagi ramai orang. Pembeli kereta hari ini menginginkan pengalaman pembelian yang mengutamakan aspek seperti kebolehan capaian, keberkesanan, dan kemudahan, yang justeru mempengaruhi keputusan mereka.
Dengan faktor sedemikian, NZ Wheels melabur masa dan usaha yang besar untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan memastikan proses pembelian yang menyenangkan.
Mudah dan berkualiti

Sebagai kemudahan tambahan untuk pelanggan, NZ Wheels mempunyai pusat servis di beberapa lokasi strategik yang terletak di sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru.
Pusat servis utama di Klang menawarkan kemudahan kepada pelanggan di sekitar Klang dan Shah Alam manakala pusat servis di Setapak memberi kemudahan kepada pelanggan di sekitar Kuala Lumpur. Bilik pameran yang tersedia di Bangsar dan Johor memberikan peluang kepada para pelanggan untuk mendapatkan konsultasi mengenai model Mercedes-Benz yang terbaharu, kadar “trade-in”, harga jualan, dan pakej kewangan yang ditawarkan. Penasihat NZ Wheels yang terlatih akan mengesyorkan pilihan kewangan yang terbaik dan bersesuaian dengan kemampuan setiap pelanggan.
Pelanggan yang berkunjung ke mana-mana bilik pameran digalakkan untuk pandu uji kereta pilihan mereka. Setiap bilik pameran mempamerkan pelbagai model kereta yang mampu menarik perhatian pelanggan. NZ Wheels yang merupakan anak syarikat Kumpulan Naza adalah pengimport tunggal rasmi bagi model CBU Mercedes-Benz di Malaysia.
Para pembeli memerlukan maklumat yang tepat sebelum membuat pembelian, oleh itu mereka boleh melayari pameran maya di laman web untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang model yang tersedia. Mereka juga boleh memilih model pilihan melalui laman web dan wakil dari NZ Wheels akan menghubungi mereka dengan segera.

Perkhidmatan dan penyelenggaraan yang boleh dipercayai
Di NZ Wheels, kualiti perkhidmatan selepas jualan, yang merupakan kriteria utama untuk mana-mana pembeli kereta, dijamin. Semua pusat servis NZ Wheels diperakui oleh Mercedes-Benz Malaysia dan dilengkapi dengan kemudahan servis “Body & Paint”. Pelanggan akan berasa lega mengetahui bahawa kereta mereka di tangan juruteknik yang terlatih dan bertauliah.
Selain itu, NZ Wheels memudahkan proses pengambilan dan penghantaran kereta dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan kereta bagi semua pelanggan. Dengan perkhidmatan ini, pelanggan boleh meminta kereta mereka diambil dan dihantar ke lokasi tertentu. Perkhidmatan “Drop and Go NZ Wheels” membolehkan pelanggan menghantar kenderaan mereka pada bila-bila masa, manakala perkhidmatan “Express Service” sesuai untuk mereka yang memerlukan servis dengan kadar segera. Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan servis kereta yang dilakukan oleh juruteknik dalam masa 60 minit sahaja.

Menjamin ketenangan minda
Dengan NZ Wheels, pelanggan boleh yakin dengan kemudahan dan perkhidmatan yang hebat. Pembeli kereta akan berasa tenang mengetahui bahawa kualiti kereta mereka dijamin dan dilindungi untuk tahun-tahun akan datang melalui “Limited Warranty Programme”, “Repair Warranty”, “New-vehicle Warranty”, dan “Mild Hybrid Battery Extended Warranty Programme”.
Proses pembelian kenderaan mungkin membosankan bagi sesetengah orang. Bagaimanapun, NZ Wheels mengutamakan kemudahan dan kepuasan pelanggan yang mampu memberikan pengalaman yang menyeronokkan.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.nzwheels.mercedes-benz.com.my/passengercars/startpage.html
jQuery(document).ready(function(){
jQuery(“[id*=’div-gpt-ad-‘],iframe[width|=1]”).remove();
const interval = setInterval(function() {
jQuery(“[id*=’div-gpt-ad-‘],iframe[width|=1]”).remove();
}, 3000);
})