
KUALA LUMPUR: Telefon bimbit milik pembantu kepada Ahli Parlimen Bentong dari DAP, Young Syefura Othman dirampas polis selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul hari ini.
Noor Suhana Ishak yang ditemui pemberita di luar IPD berkata, dia telah memberi kerjasama baik dengan polis dan menyerahkan setiap dokumen yang diminta oleh mereka.
“Saya tidak faham mengapa mereka perlu mengambil telefon saya. Polis mempunyai risikan dan sumber, jadi tidak perlu mereka merampas telefon saya,” katanya.
Suhana dipanggil oleh polis berhubung satu ciapan yang mengaitkan Pemuda Umno dengan kekecohan di ceramah oleh Muda.
Setiausaha Akhbar Menteri Hal Ehwal Ekonomi Rafizi Ramli Farhan Iqbal juga telah dipanggil polis.
Tambahnya, dia terkejut kerana kertas siasatan baru sahaja dibuka.
“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menjalankan siasatannya pada 27 Okt tahun lalu tetapi hari ini baru saya dipanggil.
“Saya tidak tahu mengapa polis mengambil masa yang lama untuk melakukan siasatan,” katanya.
Menurutnya, polis harus mengutamakan perkara yang lebih penting.
“Saya mahu bertanya sama ada orang menimbulkan kekecohan adalah lebih teruk atau mereka yang ciap mengenainya lebih berbahaya?.
Dia juga menggesa polis menyiasat mereka yang memulakan kekecohan.
“Kami seperti pemberi maklumat tetapi kami yang disiasat.
Ketika ditanya mengapa laporan oleh pemuda Umno tidak ditarik balik kerana kedua-dua parti berada dalam kerajaan perpaduan, beliau berkata “yang itu anda perlu tanya pada mereka”.
Suhana berkata, belum ada maklum balas daripada Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berhubung permintaannya supaya meminda akta komunikasi.
Sementara itu, Farhan berkata telefonnya turut dirampas polis hari ini.
“Tidak perlu untuk polis untuk mengambilnya kerana mereka sudah mempunyai semua dokumen, namun saya rasa mereka hanya menjalankan tugas mereka.
Farhan berkata, dia berharap polis dapat mengetahui siapa yang memulakan kekecohan yang merupakan isu yang lebih besar daripada tweet