Khairuddin dilantik penasihat agama TPM secara pro bono
Pelantikan bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menjadikan seorang lagi pemimpin politik dilantik sebagai penasihat menteri secara pro bono.
PETALING JAYA: Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno Mohd Khairuddin Aman Razali dilantik sebagai penasihat agama kepada Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut sumber, lantikan berkenaan dibuat secara pro bono.
“Beliau berkhidmat sebagai penasihat agama tanpa gaji, berkuatkuasa 20 Mac,” kata sumber kepada FMT.
Pelantikan itu menjadikan beliau seorang lagi pemimpin politik dilantik sebagai penasihat menteri secara pro bono.
Terdahulu Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikritik beberapa pihak kerana melantik anaknya Nurul Izzah, sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan, dengan beberapa pengkritik berkata ia `berbau’ nepotisme.
Pengkritik berkata, walaupun lantikan itu secara pro bono tetapi ia mendedahkan kerajaan perpaduan pada serangan pembangkang.
Khairuddin merupakan bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Pada PRU15, beliau bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Nerus sebagai calon BN bagaimanapun tewas kepada Alias Razak dari PAS.