
Menyediakan pelbagai pilihan kenderaan serta khidmat pelanggan yang cemerlang, NZ Wheels kini semakin dikenali sebagai pengedar sah kenderaan Mercedes-Benz di Malaysia.
NZ Wheel kini mempunyai bilik pameran di Johor Bahru, Bangsar dan Klang. Ia telah mendapat kepercayaan pelanggan setia di Lembah Klang dan wilayah Selatan. Selain itu, pusat servis di Setapak, Johor Bahru dan Klang juga memudahkan pengguna untuk menyelenggara kenderaan mereka.
Selari dengan perubahan permintaan global untuk alternatif yang lebih hijau bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam menggalakkan penggunaan tenaga alternatif yang lebih bersih, NZ Wheels baru-baru memperkenalkan rangkaian model kenderaan elektrik Mercedes-Benz EQ yang baharu.

Pelanggan digalakkan untuk melawat bilik pameran NZ Wheels untuk melihat sendiri kenderaan pelbagai utiliti – SUV EQA dan EQB, juga kenderaan sedan EQS dan EQE yang dipamerkan.

EQA ialah model peringkat permulaan yang agak menakjubkan, serba boleh dan boleh digunakan mengikut kesesuaian. Jarak capaian perjalanan sehingga 496 kilometer adalah lebih daripada mencukupi untuk pemanduan harian dan perjalanan biasa. Bagi keluarga yang memerlukan ruang lebih besar, EQB boleh memuatkan tujuh orang dengan selesa dan menawarkan jarak perjalanan yang lancar sehingga 423 kilometer bagi setiap pengecasan.
EQS pula, merupakan model perdana, memenuhi reputasinya menawarkan kenderaan elektrik serba mewah yang terbaik. Ia dilengkapi dengan ciri-ciri berteknologi tinggi, termasuk paparan skrin sentuh yang besar, sistem bantuan pemandu yang canggih serta jarak capaian perjalanan sehingga 782 kilometer.
Sementara itu, EQE dihasilkan bertujuan untuk mengimbangkan kebolehgunaan dan prestasi. Ia menawarkan jarak capaian perjalanan sehingga 669 kilometer dan dilengkapi dengan sistem hiburan dalaman yang menarik. Ia juga menampilkan pengecasan pantas yang hanya mengambil masa 32 minit untuk pengecasan sehingga 80%.
Rangkaian EQ ini mewakili perkembangan terkini dalam teknologi kereta elektrik yang setanding dengan penggunaan bahan api petroleum. Dengan prestasi cemerlang serta ciri-ciri yang menakjubkan, rangkaian kereta ini memenuhi permintaan pasaran untuk kenderaan elektrik yang semakin meningkat dan membuktikan bahawa perkembangan tenaga hijau sudah pun bermula.
Walaupun teknologi itu masih baharu, pengguna boleh memastikan bahawa NZ Wheels menyediakan perkhidmatan pelanggan yang terbaik, dari segi penyelenggaraan kereta.
Semua pusat servis NZ Wheels dilengkapi dengan peralatan dan teknologi terkini. Di samping itu, setiap juruteknik juga telah dilatih dan diperakui sepenuhnya oleh Mercedes-Benz. Hal ini memastikan kenderaan anda dikendalikan oleh juruteknik yang profesional dan berkebolehan.

NZ Wheels komited dalam menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, menjamin pengalaman yang terbaik bagi setiap pelanggan, daripada proses memilih kereta ideal hinggalah ke proses penyelenggaraan dari semasa ke semasa. Tempah temu janji anda hari ini dan nikmati perkhidmatan yang terbaik.
Untuk maklumat lanjut tentang NZ Wheels dan rangkaian Mercedes-Benz EQ terkini, klik di sini.