
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dijadual menjalani prosedur kecil bagi membuang batu karang minggu depan.
Pejabat Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan, memaklumkan Hajiji mengalami kesakitan, namun dalam keadaan sihat.
“Spekulasi mengenai keadaan kesihatan Ketua Menteri tersebar sejak beberapa hari lepas dan beliau mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan doa semua,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, dalam kenyataan sama memaklumkan Hajiji turut menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Kerajaan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.
Turut hadir ke majlis berkenaan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Pada majlis tersebut, ketua menteri turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada lebih 70 orang kurang berkemampuan termasuk dari rumah orang tua, Persatuan Orang Buta, Persatuan Orang Pekak, rumah kebajikan, dan anak yatim.