
KUALA LUMPUR: Keseimbangan kuasa sudah berubah dalam hubungan antara majikan dan pekerja yang mana calon pekerja, termasuk graduan baharu, mempunyai lebih banyak ruang untuk menyuarakan pandangan terhadap jawatan yang mereka mahu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Graduan, Nabil Marie, trend berkenaan condong ke arah graduan baharu dan pekerja yang semakin menuntut fleksibiliti dalam persekitaran bekerja. Graduan merupakan platform sehenti dalam talian yang menghubungkan para majikan dengan golongan berbakat.
“Sebagai balasan, syarikat cuba mencari cara untuk mengguna pakai susunan kerja hibrid atau lebih fleksibel bagi menarik graduan dan golongan profesional terbaik,” kata Nabil kepada FMT.
“Sebagai contoh, majikan beransur-ansur membenarkan pakaian separa kasual di pejabat, pada masa perniagaan masih berjalan, dan matlamat profesionalisme, kerja keras dan produktiviti tetap sama,” tambahnya.
Nabil juga menggalakkan graduan baharu dan profesional berpengalaman yang sedang mencari pekerjaan impian atau tempat kerja ideal untuk menyertai Pameran Kerjaya Graduan Aspire Edisi ke-13, yang akan berlangsung selama dua hari dari 20 hingga 21 Mei di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Masuk adalah percuma dan mereka berminat boleh mendaftar di graduan.com/aspire atau memuat turun aplikasi Graduan.
Dengan lebih 100 syarikat multinasional (MNC) dan gergasi korporat tempatan daripada sektor kewangan, minyak dan gas, pemaju hartanah dan segmen barang pengguna cepat laris (FMCG) seperti Maybank, AIA, Nestle, CIMB, AmBank, Shell, EY dan banyak lagi, graduan boleh berhubung dengan bakal majikan hanya di satu tempat.
Tarikan utama, katanya adalah Aspire Lounge, yang mana calon boleh berinteraksi dengan pegawai eksekutif berpangkat tinggi daripada syarikat terkemuka industri yang akan berkongsi pengalaman kerja mereka.
“Sejak 2011 kami mempunyai lebih 50,000 peserta setiap tahun. Kami sentiasa menasihati calon untuk membuat kajian sebanyak mungkin tentang bakal majikan mereka dan berpakaian kemas bagi memastikan mereka membuat penampilan pertama yang baik.”
“Ketahui tentang syarikat, program latihan pengurusan, dan sediakan soalan pintar dan khusus yang menunjukkan minat anda dan membantu anda menonjol dalam kalangan orang ramai,” kata Nabil.
Beliau juga menekankan tentang kepentingan membina rangkaian dan jaringan profesional melalui aplikasi seperti LinkedIn – mulai sekarang.
“Kebanyakan syarikat mula mencari calon yang dicadangkan semasa mengambil pekerja, jadi seseorang yang anda hubungi sekarang, mungkin individu yang boleh dan akan membantu anda pada masa depan,” katanya.
Nabil berkata calon juga boleh melawat graduan.com dan mengikuti halaman media sosial Graduan untuk mencari artikel, petua berguna berhubung bagaimana membuat persediaan untuk menghadiri temuduga kerja, jawatan kosong dan video mengenai syarikat – maklumat penting yang akan membantu calon dalam pencarian kerja mereka.
Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendaftar, layari https://graduan.com/aspire