
PETALING JAYA: Pendaftaran untuk undi pos bagi pilihan raya negeri tidak lama lagi akan dibuka pada 15 Jun ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata tarikh tutup pendaftaran akan diumumkan selepas mesyuarat khas SPR bagi membincangkan tarikh pengundian PRN.
Mereka yang layak untuk mendaftar undi pos adalah petugas dan pegawai SPRM, petugas media, rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dan anggota di sebahagian agensi kerajaan atau pertubuhan.
Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian di https://myspr.spr.gov.my manakala anggota tentera dan polis perlu mendaftar secara manual.
Pengundi pos di luar negara perlu menghubungi SPR untuk mengesahkan atau kemaskini alamat mereka. Pengundi pos di luar negara perlu menghubungi talian 03-88927218 atau e-mel di [email protected] sebelum 23 Jun.