
KUALA LUMPUR: Presiden Umno Zahid Hamidi berkata, kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan bertemu untuk memuktamadkan agihan kerusi menjelang PRN.
Pada sidang media selepas ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. Zahid berkata, BN akan memutuskan agihan kerusi setelah proses rundingan antara parti dalam PH selesai.
“Kepimpinan Barisan Nasional (BN) akan bertemu dengan Pakatan Harapan (PH), rundingan tidak diadakan antara parti dengan parti tetapi antara gabungan dengan gabungan.
“Jadi setelah proses (rundingan) antara parti dalam PH dimuktamadkan, kita (BN) akan dimaklumkan,” katanya.
Selain itu, beliau juga memaklumkan bahawa langkah-langkah untuk memperkukuh parti pada semua peringkat telah bermula di enam negeri yang akan mengadakan PRN.
“Kursus berkehadiran atau latihan telah dimulakan, begitu juga jabatan penerangan melalui inisiatif pertubuhan telah melakukan permukiman, dengan semua ketua-ketua penerangan bahagian, dimulakan dengan pemukiman enam negeri yang terlibat PRN,” katanya.