
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) selepas empat hari menjalani pemeriksaan kesihatan, kata sumber kepada AFP.
Mahathir, 98, dimasukan ke IJN pada Selasa untuk pemeriksaan biasa, kata seorang pembantu bekas perdana menteri itu yang enggan dikenali.
“Ya, Mahathir sudah dibenarkan keluar dari hospital,” katanya tanpa mengulas lanjut.
Semalam, seorang lagi pembantu Mahathir berkata beliau dimasukkan ke hospital dipercayai akibat mengalami jangkitan.
Mahathir, 98, sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN selama 16 hari pada Januari tahun lalu selepas menjalani prosedur perubatan elektif.