
Bagi mengukuhkan lagi kerjasama sepanjang tiga dekad antara Mercedes-Benz Malaysia dan NZ Wheels, satu persetujuan mengenai pelaksanaan model agensi baharu di Malaysia pada September 2023 telah dicapai.
Kedua-dua entiti bersedia membawa perubahan inovatif dalam merevolusikan model perniagaan jenama tersebut. Dinamakan sebagai Perdagangan Masa Depan (Retail of the Future). Konsep ini akan mencipta pengalaman transformatif yang hebat dan luar biasa kepada pelanggan di Malaysia.
Ini menunjukkan komitmen teguh dalam memastikan pelanggan akan mendapat pengalaman pembelian yang mudah dan hebat seiring kemajuan teknologi semasa, selain memacu inovasi dalam industri automotif.
Model baharu ini melambangkan gabungan interaksi dalam talian dan luar talian (online-offline), di mana pelanggan dapat menerokai dunia Mercedes-Benz dengan lebih mudah.
Bersama Mercedes-Benz Malaysia, NZ Wheels memainkan peranan penting sebagai duta jenama mewah itu, sambil menawarkan pengalaman hebat kepada pelanggan yang berkunjung ke rangkaian perniagaan mereka.
Pelanggan boleh menikmati rangkaian perkhidmatan yang komprehensif termasuk jualan kenderaan, pilihan pembiayaan fleksibel, perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan, ketersediaan alat ganti tulen dan perlindungan waranti. Kemudahan ini memastikan pelanggan memperoleh pengalaman pemilikan yang holistik.

Mengenai Mercedes-Benz Malaysia
Mercedes-Benz mempunyai sejarah panjang di Malaysia, sejak awal abad ke-20. Sebagai pencipta kereta sejak 1886, Mercedes-Benz kini menjadi penanda aras bagi tahap kualiti kenderaan, selain perintis dalam teknologi automotif. Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh Mercedes-Benz AG. Mercedes-Benz Malaysia menguruskan proses import, pemasangan dan pengedaran borong kenderaan Mercedes-Benz dan alat ganti, juga perkhidmatan pelanggan serta pembangunan perisian untuk penyelesaian jualan di peringkat global. Ia juga menyediakan latihan perantis automotif mengikuti model Jerman yang kini berjaya menempa nama dalam industri automotif. Di Malaysia, rangkaian perniagaan Mercedes-Benz terdiri daripada 31 cawangan premium dikendalikan oleh tujuh kumpulan pengedar yang sah.
Mengenai NZ Wheels Sdn Bhd
NZ Wheels Sdn Bhd merupakan pengimport rasmi CBU dan rakan kongsi rasmi Mercedes-Benz di Malaysia. Dengan pengalaman lebih tiga dekad, NZ Wheels menawarkan perkhidmatan dan pengalaman automotif yang premium, di mana kepuasan pelanggan adalah keutamaan mereka. Syarikat tersebut komited terus menyediakan perkhidmatan pelanggan yang terbaik dan memastikan setiap pelanggan memperoleh pengalaman yang hebat di semua rangkaian NZ Wheels.