
Baru-baru ini, TikTok Shop meraikan ulang tahun pertama mereka di pasaran Malaysia. TikTok turut berjaya muncul sebagai platform e-dagang terpantas berkembang di Asia Tenggara. Antara faktor
menyumbang kepada kejayaan ini adalah strategi pemasaran melalui penggunaan influencer serta “shoppertainment”.
“Shoppertainment” ialah satu strategi pemasaran menggabungkan unsur hiburan ke dalam perniagaan untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan. Demonstrasi produk secara strim
langsung (live) dan permainan interaktif adalah antara gabungan yang membantu peniaga menarik perhatian pelanggan baharu dan meningkatkan hasil jualan mereka.

TikTok yang dikenali ramai sebagai pilihan utama untuk hiburan video berdurasi pendek, adalah platform sesuai bagi mereka yang ingin memasuki dunia “shoppertainment” dan mengembangkan
demografi pelanggan mereka.
Apakah rahsia di sebalik kejayaan pantas Tiktok dalam dunia e-dagang?
TikTok Shop memegang satu prinsip teras iaitu untuk membina kepercayaan dan memupuk komuniti interaktif bagi penjual dan pembeli. Dengan memperkenalkan ciri membeli- belah baharu ini, TikTok Shop menyediakan hab e-dagang direka khas untuk penjual yang ingin mempamer dan memasarkan produk mereka kepada khalayak ramai.
Wilson Leong, pengarah kategori FMCG di TikTok Shop Malaysia berkata, aplikasi TikTok juga dilengkapi konsep user interface (UI) yang mesra pengguna. Konsep ini memudahkan pembeli untuk berinteraksi, mencari, dan menemui produk baharu dengan mudah.
TikTok juga kerap kali menganjurkan kempen jualan seperti Kempen Happy Big Day 6.6 yang diadakan baru-baru ini.
Leong menjelaskan kempen itu bertujuan membantu penjual memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka kepada khalayak baharu. Dengan memanfaatkan fungsi TikTok Shop dan program
“affiliate”, TikTok menyaksikan lonjakan luar biasa dalam nilai barangan kasar (GMV) dan jumlah pembelian, masing-masing sebanyak 65% dan 53% sepanjang Kempen Happy Big Day 6.6 yang
berlangsung.
Salah satu kelebihan terbesar yang membawa kepada kejayaan TikTok Shop adalah ciri “live” yang membolehkan peniaga berinteraksi dengan penonton secara langsung. Semasa Kempen Happy Big Day
6.6, terdapat lebih 14,600 “live” yang dilakukan oleh penjual di TikTok Shop. Ciri “live” berkenaan memberi peluang kepada pelanggan untuk melihat dan berinteraksi dengan wajah sebenar di sebalik jenama, sekali gus mengukuhkan imej jenama, membina kepercayaan dan meningkatkan kesetiaan pelanggan.

Lebih-lebih lagi, penjual juga boleh menawarkan tawaran masa terhad kepada penonton semasa strim langsung. Dengan pakej eksklusif ini, penjual dapat menarik lebih ramai pelanggan dan mencapai jumlah
jualan lebih tinggi pada masa yang sama.
Usahawan tempatan bergelar ‘content creator’
Dalam hanya jangka masa sebulan, seorang usahawan tempatan, Tang Siew Siang atau lebih dikenali sebagai Uncle Siang di TikTok, mengalami pertumbuhan jumlah penonton dan jualan luar biasa.
Sepanjang Kempen Happy Big Day 6.6 TikTok, usahawan yang berpangkalan di KL itu memilih untuk mempromosikan produk-produk yang terbukti menarik perhatian khalayak ramai.
Beliau juga menggunakan strategi pengiklanan untuk meningkatkan jumlah pengikut dan hasil jualan. Hasilnya, beliau memperoleh lebih 10,000 pengikut baharu dan mencapai peningkatan GMV sebanyak
51%.

Uncle Siang adalah antara bukti daya tarikan “shoppertainment” di platform itu. Sebagai content creator, beliau memuat naik kandungan yang berkisar tentang gaya hidup sambil mempamerkan fungsi
alat dan produk DIY yang boleh dibeli di TikTok Shopnya. Keperibadian Uncle Siang yang ceria dan rendah diri amat disukai pengikut dan pelangganya, dan turut melahirkan interaksi yang asli dalam
talian.
Pengalaman membeli-belah yang lancar di TikTok Shop juga memainkan peranan penting dalam kejayaan Uncle Siang. Beliau menggunakan pautan produk (product link) yang disertakan dalam
kandungan video pendeknya. Ciri yang tersedia dalam aplikasi TikTok ini, memudahkan proses pembelian dengan satu klik sahaja.
TikTok sasar jadi destinasi membeli-belah dalam talian pilihan utama pengguna di Asia Tenggara.
Kemunculan era baharu e-dagang
Selepas setahun pelancaran TikTok Shop di Malaysia, ia menjadi destinasi jual beli baharu yang berjaya menarik jutaan pelanggan. Dengan keunikan produk dan pelbagai baucar eksklusif untuk dimenangi, rakyat Malaysia boleh merasai pengalaman membeli belah dengan cara baharu tanpa perlu keluar dari
rumah.
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut cara untuk mengembangkan perniagaan di TikTok Shop, layari: https://seller-my.tiktok.com/university/home?identity=1