
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini selepas menjalani prosedur pembedahan kecil gigi semalam.
Anwar dilihat meninggalkan pekarangan HKL pada 9.39 pagi, diiringi anggota dan pegawai keselamatan.
Semalam, Anwar memaklumkan beliau menjalani prosedur pembedahan kecil gigi di HKL, dan pasukan perubatan menasihatinya untuk berada di hospital sehingga esok pagi.