
PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Jasin, Mohd Said Yusof meninggal dunia di Hospital Melaka malam tadi.
Berita itu dimaklumkan Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh di Facebook.
“Salam takziah buat ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarham Mohd Said Haji Yusof malam tadi,” katanya.
Allahyarham dipilih sebagai Ahli Parlimen Jasin pada PRU 2004 selepas menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 21,334 undi.
Said pernah dilantik pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, yang kini dikenali Institut Tun Perak.