
PUTRAJAYA: Separuh daripada 72 kawasan Parlimen majoriti India menerima dana daripada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), kata Pengerusi Jawatankuasa Tugas Kkhasnya, R Ramanan.
Beliau berkata, 36 kawasan tersebut menerima sebanyak RM3.59 juta.
“Sebelas kawasan Parlimen lain dijangka menerima peruntukannya pada minggu pertama September,” katanya yang menambah Mitra masih meneliti baki 25 kawasan yang tinggal.
Sebanyak RM7.2 juta diperuntukkan untuk kawasan Parlimen tersebut.
Mengenai bantuan sebanyak RM2,000 untuk pelajar universiti daripada komuniti India, Ramanan berkata Mitra menerima 8,583 permohonan sehingga 31 Ogos.
Beliau berkata, Bank Simpanan Nasional mengagihkan bantuan kepada 2,492 pelajar.
“Sebanyak 701 pelajar lain dijangka menerima wang mereka minggu depan sebaik sahaja masalah teknikal selesai,” katanya.
Beliau menggesa mereka yang memerlukan dana untuk memohon subsidi kerana masih terdapat kira-kira 1,300 subsidi perlu diberikan. Tarikh tamat permohonan adalah 15 Sept.
Pemohon perlu menunjukkan bukti mereka daripada golongan pendapatan B40 dan berdaftar di universiti tempatan awam atau swasta.