
GEORGE TOWN: Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat di negeri itu sejak pagi ini.
Penang Weather Watch memuat naik beberapa video menunjukkan banjir kilat itu melanda kawasan-kawasan di George Town, serta Tanjung Tokong and Farlim (Air Itam).
Di Tanjung Tokong, air banjir mencecah paras lutut, manakala pintu masuk utama Komtar di George Town turut dinaiki air banjir, namun setakat paras buku lali.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini mengeluarkan amaran ribut petir bagi seluruh Pulau Pinang dan Melaka, serta beberapa kawasan di lima negeri lain, iaitu Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan and Johor.
Hujan lebat dijangka turun hingga 2 petang.
Sementara itu, semakan menerusi Waze mendapati lalu lintas sesak di beberapa lokaliti di Bayan Baru dan Bayan Lepas, termasuk Relau, Sungai Nibong dan Bukit Jambul.
Lalu lintas juga sesak di Jelutong, Sungai Pinang dan Jalan Perak, serta Lebuh Presgrave dan Macalister Road di George Town.