
PETALING JAYA: Bekas presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Abdullah Fadzil Che Wan, 78, meninggal dunia 3 pagi tadi di Hospital KPJ Tawakkal.
Perkara itu dimaklumkan Presiden BAM Norza Zakaria menerusi hantaran Facebook.
“Salam takziah kepada keluarga bekas presiden BAM, Abdullah Fadzil Che Wan. Sumbangan Allahyarham kepada sukan badminton akan sentiasa dihargai.
“Pemergian beliau adalah kehilangan besar kepada negara. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” katanya.
Allahyarham merupakan bekas timbalan menteri luar dan timbalan menteri pertahanan menerajui badan induk badminton negara selama tujuh tahun bermula 1993 hingga 2000.
Sementara itu, Mohamad berkata, Allahyarham akan terus dikenang sebagai tokoh yang banyak menabur bakti kepada tanah air.