
PETALING JAYA: Setakat 3 petang, 51% daripada 40,301 pengundi di DUN Simpang Jeram telah menunaikan tanggungjawab mereka, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sementara itu, 38% daripada 165,509 pengundi layak keluar mengundi bagi PRK Parlimen Pulai.
PRK di kedua-dua kawasan di Johor itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Salahuddin Ayub, pada 23 Julai lepas.
Semua pusat mengundi dijadualkan ditutup pada 6 petang.
Kedua-dua PRK menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan calon bebas.