
PETALING JAYA: Penyampai berita veteran TV3 Raymond Goh meninggal dunia.
Menurut keluarganya, Goh meninggal dunia pagi tadi.
“Raymond meninggal dunia dengan tenang pagi ini selepas berjuang melawan kesan strok.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan penyokong untuk semua sokongan sepanjang tempoh yang sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.
Goh atau nama Islamnya Muhammad Zaman Goh Abdullah berpengalaman dalam bidang penyiaran selama 30 tahun dan turut menawarkan latihan ucapan awam.
Jenazah Goh akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada petang ini.
Sementara itu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Goh dan mendoakan mereka tabah menghadapi dugaan itu.
“Dunia penyiaran akan merindui Allahyarham dan sudah pastinya juga jasa beliau akan terus dikenang buat selama-lamanya. Al-Fatihah,” katanya di Facebook.