
PETALING JAYA: Berebut kekasih dipercayai punca dua remaja bertumbuk di Kampung Bukit Kecik, Melor, Kota Bharu pada Khamis lalu.
Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata keterangan lima pelajar berusia 14 hingga 15 tahun diambil untuk melengkapkan siasatan.
“Polis sudah mengenal pasti dua remaja berusia 14 dan 15 tahun yang bertumbuk dalam video tular beberapa hari lalu,” katanya menurut Sinar Harian di IPK Kelantan, Kota Bharu.
Beliau berkata, siasatan awal dipercayai akibat cemburu dan dua remaja itu berjanji jumpa di satu lokasi untuk beradu kekuatan, dengan rakan yang tahu hadir menjadi penonton.
Katanya, polis sentiasa berusaha menangani kegiatan tidak bermoral, khasnya membabitkan pelajar.
Pada 11 Sept lalu, Ketua Polis Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud dilaporkan berkata laporan diterima pada 11.18 pagi hari sama selepas video pergaduhan dua remaja itu tular di media sosial.