
PETALING JAYA: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata punca mesin layan diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di KTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang tidak beroperasi kerana ada individu sengaja menutup suisnya.
“Dah okay. Ada orang pandai-pandai pergi ‘off power’ dekat situ, jadi tidak ada elektrik sekejap.
“Orang kita kadangkala terlebih nakal,” katanya dalam catatan X selepas seorang pengguna platform sama mendakwa mesin itu tidak berfungsi pada Isnin.
Rafizi melancarkan program mesin layan diri IPR akhir Februari lalu dengan menyasarkan ia diperluaskan kepada 5,000 penerima bawah Inisiatif Usahawan Makanan (Insan) tahun ini.
Menerusi inisiatif Insan, penerima akan diberikan mesin layan diri di tempat dipilih dan menerima sewaan bulanan serta dibayar terus kepada penyedia mesin layan diri antara RM600 hingga RM800 bergantung kepada jenis mesin.