
PUTRAJAYA: Daftar Pemilih Tambahan Bulan Julai 2023, yang diperaku dan diwartakan hari ini, dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 25 Okt 2023, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata, daftar pemilih tambahan tersebut mengandungi 38,092 nama warganegara yang berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Julai 2023 hingga 31 Julai 2023 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.
Katanya, senarai berkenaan meliputi 12,360 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,416 orang pemilih bertukar status/kategori pengundi.
“SPR menyeru kepada warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Julai 2023 hingga 31 Julai 2023 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka,” katanya dalam kenyataan.
Semakan boleh dibuat di portal SPR https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my dan portal rasmi pejabat-pejabat pilihan raya negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.
Semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my; aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau menerusi talian 03-88927218.
Individu yang mendapati namanya tidak disenaraikan dalam daftar pemilih tambahan ini boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian SPR atau hadir ke pejabat pilihan raya negeri berkenaan.
Mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya boleh mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian atau hadir ke pejabat pilihan raya negeri berkenaan.
Borang C dan D hendaklah dikemukakan kepada pengarah pilihan raya negeri dan fi bantahan dibayar pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Julai 2023,