
KPM dalam kenyataan meminta warga pendidik sentiasa memelihara etika dan menjunjung tinggi profesion perguruan.
“Siasatan sedang dijalankan bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan segera,” menurut kenyataan itu.
“KPM komited memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan bawah kelolaannya terpelihara.”
Semalam, tular video berdurasi 41 saat menunjukkan seorang guru bertindak memarahi dan seolah-olah menampar bahagian kepala seorang murid lelaki dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Kuala Terengganu.
Video tersebut dikongsikan menerusi hantaran di laman sosial milik seorang wanita, dengan teks tulisan ‘pendidik harus terdidik’.