
Katanya, statistik menunjukkan peningkatan sebanyak 24 kali ganda dalam kandungan memudaratkan di platform media sosial, daripada 1,019 pada 2022 kepada 25,642 tahun ini.
Ia dalam kenyataan berkata, kandangan itu membabitkan scam, penjualan haram, perjudian, berita palsu dan ucapan berbaur kebencian, menimbulkan ancaman kepada fabrik sosial serta institusi di Malaysia.
“Ucapan berbaur kebencian, terutamanya mempunyai potensi mencetuskan keganasan, diskriminasi dan gangguan, sekali gus mencerminkan kepentingan menguatkuasakan undang-undang dan kawal selia untuk penyederhanaan dan penurunan kandungan bagi melindungi pengguna daripada kandungan memudaratkan.”
Terdahulu, media melaporkan pemilik Facebook, iaitu Meta dan TikTok China menyekat sebilangan besar hantaran di akaun serta media sosial Malaysia sepanjang enam bulan pertama tahun ini.
Menurut laporan, antara Julai 2022 dan Jun 2023, Meta menyekat akses kepada lebih 3,500 item sebagai respons terhadap laporan pengawal selia komunikasi negara serta agensi kerajaan lain.
TikTok pula berkata, ia menerima 340 permohonan dari kerajaan Malaysia untuk memadam atau mengehadkan kandungan antara Januari hingga Jun lalu, menjejaskan 890 catatan dan akaun.
SKMM berkata, daripada 25,642 kes dilaporkan, 70.7% berkaitan penipuan dan penjualan haram, manakala ucapan kebencian meningkat lebih enam kali ganda, dengan 2,858 kes berbanding 422 kes yang dilaporkan tahun lalu.
Katanya, penting untuk kerajaan, badan kawal selia dan platform media sosial bekerjasama “menangani isu ini dan pada masa sama menegakkan kepelbagaian pandangan”.