
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata, beberapa perkara yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan semasa pemeriksaan balas terhadap pegawai penyiasat Bukit Aman Foo Wei Min berkait dengan bekas peguam 1MDB itu.
Dalam keterangannya, Foo mendakwa, keterangan Loo boleh sama ada memihak atau membahayakan pembelaan bekas perdana menteri itu.
Polis menahan Loo pada Julai untuk membantu siasatan. Pada 4 Sept, polis merampas aset yang didakwa ada kaitan dengan skandal 1MDB, berjumlah hampir RM93.2 juta, diperoleh atas nama Loo.
Perbicaraan dijadual bersambung pada 2 Jan 2024 apabila pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Aida Arifin menjadi saksi.
Sementara itu, Timbalan PendakwaRaya Kamal Bahrin Omar memaklumkan mahkamah bahawa bekas gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz masih belum melengkapkan keterangannya.
Beliau berkata, pihak pendakwaan akan memanggil semula Zeti selepas Aida melengkapkan keterangannya.
Awal hari ini, penganalisis BNM Adam Ariff Roslan memberitahu mahkamah, tiga dana luar pesisir – Cistenique Investment Fund, Devonshire Funds Ltd, dan Enterprise Emerging Markets Fund – digunakan sebagai akaun “perantara” (pass-through accounts).
Beliau berkata, analisisnya menunjukkan bahawa dana-dana tersebut menerima sejumlah besar wang dan memindah keluar jumlah yang sama dengan serta-merta.
Najib dibicarakan atas 25 tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berhubung dana didakwa milik 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank miliknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.