2 maut tercampak dalam nahas 3 kereta

2 maut tercampak dalam nahas 3 kereta

Lima mangsa lain turut cedera melibatkan dua kanak-kanak, bayi, dan dua lelaki.

Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Persiaran Sultan Ibrahim, Klang, awal pagi tadi. (Gambar Bomba)
PETALING JAYA:
Dua maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Persiaran Sultan Ibrahim, Klang, awal pagi tadi.

Bomba dalam kenyataan berkata nahas itu juga membabitkan tujuh mangsa keseluruhannya dengan lima daripadanya cedera.

Utusan Malaysia melaporkan mangsa tercedera adalah dua kanak-kanak perempuan, seorang bayi, dan dua lelaki.

Katanya, kejadian pada 6.23 pagi itu menyebabkan dua mangsa maut di lokasi.

“Dua mangsa telah tercampak ke dalam longkang dan disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM.

“Semua mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dengan mangsa maut telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Nahas melibatkan Perodua Bezza, Honda City, dan Toyota Camry yang dipercayai dalam perjalanan menghala ke Shah Alam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.