Anak pengasuh mengaku tak salah amang seksual bayi 10 bulan

Anak pengasuh mengaku tak salah amang seksual bayi 10 bulan

Lelaki berusia 20 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Jalan Hamzah Kampung Baru, Dang Wang, 31 Julai lalu.

mahkamah kuala lumpur
Seorang anak pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang bayi perempuan berusia 10 bulan, bulan lepas.
KUALA LUMPUR:
Seorang anak pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang bayi perempuan berusia 10 bulan, bulan lepas.

Lelaki berusia 20 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Jalan Hamzah Kampung Baru, Dang Wang di sini pada 10 pagi, 31 Julai.

Pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Shakira Aliana Alias menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa, keluarga dan saksi kejadian selain melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali serta menyerahkan pasport ke mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Azi Azlin Zulkifli yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan tertuduh masih belajar dan menghidap leukemia.

“Berdasarkan rekod kesihatan tertuduh, adalah wajar untuk mahkamah memberikan jaminan paling minimum kerana anak guam masih belum didapati bersalah,” katanya.

Hakim Mohd Kafli Che Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 24 Sept ini untuk sebutan kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.