
Mereka yang ditahan terdiri daripada seorang pengurus anak syarikat minyak dan gas, dua bekas kakitangan syarikat berkenaan manakala dua lagi kontraktor.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia antara 30 hingga 63 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira 8 malam tadi selepas hadir memberikan keterangan.
Majistret Mahkamah Putrajaya Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan pengurus bersama dua bekas kakitangan syarikat itu direman selama lima hari mulai hari ini.
Dua kontraktor terbabit pula direman tiga hari selepas SPRM membuat permohonan itu.
Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kesemuanya disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.