
Puad berkata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz sepatunya memasukan nama Annuar dalam senarai ‘Hang Jebat’ setaraf dengan Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis yang kini menyertai PAS.
Semalam, Puad menyindir Nik Abduh yang melabel Jailani sebagai ‘Hang Jebat’ dengan berkata “Kalau ikut buku Sejarah Melayu…Jebat seorang penderhaka,”.
“Masa berkempen di Meranto, Annuar Musa mengangkat dirinya panglima Umno Kelantan, 37 tahun jadi ketua bahagian dan 28 tahun Ahli MKT. Panglima tidak akan lari apatah lagi tikam parti dari belakang.
“Dia puji dirinya banyak buat jalan di Gua Musang. Sedangkan dia banyak kontroversi,” dakwanya di Facebook dengan merujuk penggantungan Annuar ketika dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia dan pengerusi Mara.
Annuar yang merupakan bekas Ahli Parlimen Ketereh diumumkan menyertai PAS pada Jun 2023 sebelum dilantik sebagai ahli jawatankuasa parti itu.
Mengulas lanjut, Puad turut mendakwa Annuar memutar belitkan isu Muafakat Nasional (MN) dan tidak mempersoalkan PAS yang didakwa bermain ‘dua lawang’.
“Kalau soal ummah kenapa jemput Bersatu tapi halang Amanah sertai MN?” katanya.