Rizwadi mahu jadi perantara ketengah isu Orang Asli

Rizwadi mahu jadi perantara ketengah isu Orang Asli

Calon PN akui masyarakat Orang Asli mula terbuka dan menerima kehadiran gabungan itu di kawasan mereka.

Mohd Rizwadi Ismail ketika pertemuan bersama wakil Orang Asli di Gua Musang.
GUA MUSANG:
Mohd Rizwadi Ismail sedia menjadi perantara untuk membawa permasalahan dihadapi Orang Asli kepada kerajaan jika dipilih sebagai wakil rakyat pada 17 Ogos ini.

Calon Perikatan Nasional (PN) daripada Bersatu yang bertanding menggunakan logo PAS juga akan membawa isu berbangkit membabitkan komuniti itu kepada kerajaan negeri.

“Jika diberi mandat sebagai Adun Nenggiri, saya akan wakili mereka bertemu kerajaan negeri.

“Saya akan mengetengahkan isu serta suara Orang Asli kepada kerajaan negeri secara terus dan secara langsung,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan bersama wakil Orang Asli Gua Musang.

Beliau turut mengakui masyarakat Orang Asli mula terbuka dan menerima kehadiran PN di kawasan mereka.

“Orang Asli kita tengok maklum balas…Alhamdulillah sokongan kepada PN positif,” katanya.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Rizwadi dan calon Barisan Nasional Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.

Seramai 20,259 pemilih layak mengundi terdiri 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.