Harga diesel turun lagi 5 sen di Semenanjung

Harga diesel turun lagi 5 sen di Semenanjung

Diesel diniagakan RM3.25 seliter bagi tempoh seminggu bermula esok.

minyak
PETALING JAYA:
Harga jualan runcit diesel turun lagi 5 sen daripada RM3.30 kepada RM3.25 seliter bagi pasaran Semenanjung.

Harga baru itu akan bermula esok hingga 21 Ogos, menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan.

Manakala harga runcit petrol RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada RM3.47 dan RM2.05 seliter.

Bagaimanapun, penurunan itu tidak melibatkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan yang kekal RM2.15 seliter.

“Seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia, kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung sebanyak 5 sen seliter kepada RM3.25 seliter bagi tempoh 15 Ogos 2024 hingga 21 Ogos 2024.”

Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga, kata kenyataan itu.

Bermula 10 Jun lalu, harga jualan runcit diesel di Semenanjung diniaga RM3.35 seliter daripada RM2.15 susulan pengumuman penyasaran semula subsidi bahan bakar itu.

Penetapan harga runcit produk petroleum di Malaysia secara mingguan adalah menggunakan formula ‘Automatic Pricing Mechanism’.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.