PN hormat keputusan Nenggiri, Annuar ucap tahniah pada BN

PN hormat keputusan Nenggiri, Annuar ucap tahniah pada BN

Pengarah operasi pilihan raya PN Nenggiri Annuar Musa berkata BN menang selesa ambil kira keputusan tidak rasmi.

Annuar Musa berkata, PN menghormati keputusan pengundi Nenggiri.
PETALING JAYA:
Annuar Musa mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) susulan keputusan tidak rasmi Perikatan Nasional (PN) gagal mempertahankan Nenggiri.

Pengarah operasi pilihan raya PN Nenggiri itu, berkata BN menang PRK Nenggiri dengan majoriti selesa.

“Kita ucapkan tahniah kepada yang menang. Selamat menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan rakyat Nenggiri sudah membuat pilihannya.

“Kita harus menghormati keputusan tersebut. Semoga rakyat Nenggiri mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya dalam catitan di Facebook.

Keputusan tidak rasmi terbaharu menunjukkan calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani memperoleh majoriti 3,372 undi selepas meraih 9,113 undi, berbanding calon PN, Rizwadi Ismail, yang mendapat 5,741 undi.

Di Nenggiri, pecahan kaum komposisi pengundi Melayu adalah 17,636, Cina (36), India (lapan), dan 2,843 bagi kategori kaum lain termasuk Orang Asli.

Dalam keputusan itu, BN menang di 17 pusat daerah mengundi, manakala PN berpuas hati menguasi tiga.

Pada PRN Kelantan Ogos lalu, PN menang kawasan Nenggiri dengan 810 undi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.