
Menteri Saifuddin Nasution Ismail, berkata lebih sejuta individu bergelut mendapatkan pekerjaan atau memulakan perniagaan kesan disenarai mengikut Akta 7.
Katanya, pihak kementerian ‘membersihkan’ rekod individu tertentu, justeru memudahkan mereka diterima bekerja atau memudahkan memperoleh lesen perniagaan.
Beliau menegaskan bahawa langkah itu tidak terpakai secara menyeluruh, sebaliknya berdasarkan kes demi kes. Ia termasuk mereka tersenarai mengikut Akta 7 selepas ditahan bagi siasatan namun tidak dituduh di mahkamah, termasuk mereka ditahan di bawah undang-undang pencegahan.
Sementara itu, mengulas kejadian polis berbalas tembak melibatkan penjenayah, Saifuddin berkata pihak berkuasa sentiasa mempertimbang keselamatan awam sebelum terbabit dalam apa jua situasi tembakan.
Sebagai contoh, kejadian tembakan melibatkan suspek samun di Bandar Sunway, Subang Jaya, dua hari lalu, mencerminkan kecekapan pasukan polis dan profesionalisme, dengan tiada orang awam tercedera.
“Maka dalam operasi macam ini, keselamatan nyawa di pihak anggota polis, kemudian diikuti dengan pertimbangan keselamatan awam, baru polis melaksanakan operasi,” katanya.