Kanak-kanak antara 2 maut lori bertembung kereta

Kanak-kanak antara 2 maut lori bertembung kereta

Tiga lagi mangsa cedera membabitkan dua kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki dewasa.

Keadaan di lokasi nahas di Batu 17, Jalan Gum-Gum, Sandakan. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Dua maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas dua kenderaan di Batu 17, Jalan Gum-Gum, Sandakan.

Mangsa maut ialah seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus@Mohd Nidzam Sainkui, panggilan kecemasan diterima 9.09 pagi tadi berhubung kemalangan membabitkan sebuah lori lima tan dan Perodua Axia.

“Tiga mangsa dikeluarkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi, manakala dua mangsa tersepit,” katanya menurut Harian Metro.

Menurutnya, dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan, manakala dua kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki dewasa yang cedera dihantar ke hospital.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.