Anwar simpati, jamin SAR mangsa lubang benam diterus

Anwar simpati, jamin SAR mangsa lubang benam diterus

Dalam kejadian Jumaat lalu mangsa sedang berjalan di hadapan Malayan Mansion sebelum tiba-tiba terjatuh dalam lubang akibat tanah jerlus.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu operasi mencari dan menyelamat wanita warga India terjatuh dalam lubang di Jalan Masjid India diteruskan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh ke dalam lubang benam akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India diteruskan.

Beliau yang menzahirkan simpati terhadap insiden menimpa wanita dikenali Vijayaletchumy, 48, sudah meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menemui keluarga mangsa.

“Saya sudah minta DBKL jumpa keluarga (mangsa) dan kita lahirkan simpati (dengan kejadian) dan kerja (SAR) harus diteruskan. Ada masalah dengan tanah itu, kita kena selesaikan,” katanya kepada pemberita, menurut Bernama.

Anwar berkata demikian selepas merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk al-Aqsa dan Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam kejadian 8.22 pagi Jumaat lalu, mangsa sedang berjalan di hadapan Malayan Mansion sebelum tiba-tiba terjatuh ke dalam lubang sedalam 8m akibat tanah jerlus.

Difahamkan, mangsa dan keluarganya dijadualkan pulang ke India semalam selepas dua bulan melancong di negara ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.