Reman suspek bunuh isteri, 2 beranak disambung 7 hari

Reman suspek bunuh isteri, 2 beranak disambung 7 hari

Suspek berusia 43 tahun disyaki kelar leher ahli keluarganya termasuk kanak-kanak usia 10 dan dua tahun.

Lelaki etnik Rohingya disambung reman seminggu lagi bagi membantu siasatan kes bunuh tiga beranak. (Gambar Bernama)
ALOR SETAR:
Tempoh reman lelaki etnik Rohingya yang disyaki membunuh isteri dan dua anaknya di sebuah bangunan terbiar di Pekan Simpang Kuala, disambung seminggu lagi bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 43 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah di Kompleks Mahkamah Alor Setar.

Sebelum ini, media melaporkan mengenai penemuan mayat seorang wanita warga asing dan anak perempuannya, masing-masing berusia 43 tahun dan 10 tahun, dengan kesan kelar pada leher di dalam longkang belakang bangunan terbiar di Pekan Simpang Kuala pada 5 petang, Isnin lalu.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 43 tahun yang juga suami dan bapa mangsa ditahan di sebuah masjid di Bukit Pinang pada 9 malam hari sama.

Mayat seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia dua tahun yang disahkan anak bongsu suspek pula ditemui di Pantai Leman, Kuala Kedah, sehari kemudian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.